Saturday, March 26, 2011

APA ITU EMO?

Jika menyebut perkataan 'Emo' hari ini,satu soalan pasti akan muncul:adakah ianya satu bentuk muzik atau ianya merujuk kepada perlakuan manusia? ia boleh jadi kedua2nya .Permulaan penggunaan perkataan 'emo' itu sendiri misteri tetapi secara jelas ianya lahir selepas pembentukan muzik emocore dengan nama 'emocore'  terlebih dahulu digunakan sejak era RItes of spring pada tahun 1985 lagi.Lan Makaye sendiri pernah memberikan reaksinya apabila band yang pernah dianggotainya, Embrance dalam satu artikel dalam majalah skate board , Trasher dipanggil sebagai "emo-core' yang dirasakan sebagai benda yang paling bodoh yang pernah didengari sepanjang hidupnya. "Melalui kamus The Oxford English Dictionary,Perkataan 'emo' mula dicatat penggunaanya pada tahun 1993,manakala majalah NME menggunakan perkataan 'emo' dimedia pada tahun 1995.
           Sunny day real estate dan jawbreaker disebut sebagai 2 band emoterawal yang memulakan wabaknya sejak pertengahan 1990'an sehingga ia dipopularkan dalam dunia mainstream oleh band2 seperti Jimmy Eat World dan Dashboard Confessional .Band The Promise ring pula mencorakkan kembali emo daripada sound keras hardcore  kepada bunyian yang lebih perlahan ,lembut dan lebih kepada pop punk hinggakan menarik perhatian ramai apabila album 30 Everywhere  pada tahun 1996 terjual lebih10 ribu unit.dikira besar bagi standard independen .Malah band power pop seperti Weezer juga menampilkan ciri emo melalui album kedua  "pinkerton" pada tahun 1996 dan sejak itu 'emo' perlahan-lahan  mulai kurang 'hardcore'nya dan lebih kepada pop .Sifat romantik dalam 'emo' itu sendiri berbanding politikal dalam muzik hardcore menyebabkan ia mudah di terima hari ini oleh generasi MTV malah liriknya jelas merujuk kepada naratif seseorang yang patah hati dan dikecewakan. Malah sejak peristiwa 11 september ,emo begitu popular sehingga disebut dimana2 saja. seperti di majalah TIME dan NEWSWEEK .
                Label Vagrant Record banyak merilis album band2 yang pada hari ini dianggap sebagai band emo, antaranya dari The Anniversary,Reggie and The Full Effect ,The New Amsterdams ,alkaline Trio ,Saves the Day ,Dashboard confessional ,The get up Kids,Hey Mercedes dan  Hot Rod Circuit.


WEEZER
Jimmy Eat Wold

No comments:

Post a Comment